Memudahkan Pemaparan Perubahan Sementara Perkhidmatan di Halaman Facebook

Untuk membantu perniagaan menangani wabak COVID-19, kami membolehkan perniagaan untuk mengumumkan perubahan sementara perkhidmatan pada Halaman Facebook mereka dan dalam carian di Facebook. Perniagaan yang telah mengubah cara mereka beroperasi, seperti studio kecergasan yang menawarkan kelas maya atau restoran yang menawarkan penghantaran dan bukannya makan di dalam restoran, dapat menunjukkan perubahan tersebut dengan mudah kepada pelanggan. Perniagaan yang tertakluk pada penutupan boleh memberitahu bahawa mereka ditutup buat sementara waktu.

Mengemas Kini Perubahan Sementara Perkhidmatan dalam Tetapan Halaman

Perniagaan dapat mengakses ciri ini dengan pergi ke Tetapan Halaman > Maklumat Halaman > Waktu Perniagaan > Pilih "Perubahan Sementara Perkhidmatan". Di situ, mereka boleh menunjukkan bahawa lokasi "Ditutup Sementara", atau memilih daripada beberapa pilihan di bawah "Dibuka dengan Perubahan Perkhidmatan", seperti:

  • Perkhidmatan Dalam Talian
  • Penghantaran
  • Pengambilan
  • Perubahan Lain

Perniagaan yang memilih "Perubahan Lain" digalakkan untuk menyiar tentang waktu perniagaan khas untuk warga tua, akses kepada pembelian kad hadiah atau pilihan yang serupa. Ketahui lebih lanjut tentang memberitahu perubahan sementara perkhidmatan pada Halaman Facebook.

Bagaimana Perubahan Sementara Perkhidmatan Boleh Dipaparkan

Apabila perniagaan membuat pengemaskinian untuk memaparkan perubahan sementara perkhidmatan mereka, maklumat itu akan muncul pada Halaman, pratonton Halaman, dalam carian dan dalam senarai sumber tempatan di Facebook. Contohnya dalam Acara, jika orang melihat senarai "Tempat yang Menawarkan Penghantaran" yang ditampilkan, mereka akan melihat perniagaan yang menyatakan bahawa perkhidmatan mereka menyediakan penghantaran. Sekiranya orang mencari perniagaan tempatan di Facebook, mereka dapat melihat senarai yang tersedia untuk mereka dengan mudah seperti pengambilan dan penghantaran sahaja, atau penutupan sementara perniagaan.

Kami sentiasa memikirkan cara supaya kami dapat menyokong perniagaan dalam mengharungi waktu yang mencabar ini. Ketahui tentang program Geran Perniagaan Kecil kami dan akses ke Pusat Sumber Perniagaan kami untuk melihat peluang lain yang kami tawarkan dan langkah yang kami cadangkan. Dapatkan kemas kini terkini mengenai cara Facebook menangani wabak koronavirus.

Adakah halaman ini membantu?