Sumber COVID-19Sumber COVID-19: Kami sentiasa bersedia membantu perniagaan anda mengharungi wabak koronavirus. Ketahui lebih lanjut
Facebook for Business
Facebook Blueprint: Kursus & Latihan Dalam Talian Percuma tentang Pengiklanan untuk Facebook, Instagram, Messenger

Facebook Blueprint
Peperiksaan Pensijilan

Tonjolkan diri anda dalam pemasaran digital. Menjadi profesional bertauliah Facebook Blueprint.

Peperiksaan pensijilan Facebook Blueprint membantu anda tampil menyerlah dalam bidang anda. Facebook menganugerahkan kelayakan kepada individu yang mempamerkan kecekapan tahap lanjutan dalam pelbagai aspek pemasaran digital dengan produk Facebook.

Pilih peperiksaan dan bersedia untuk memantapkan resume, kredibiliti dan kerjaya anda.

VIDEO

Apakah itu Pensijilan Blueprint?

Pensijilan Blueprint mengiktiraf kecekapan tahap lanjutan untuk keluarga aplikasi dan perkhidmatan Facebook.


SEKUTU · 100-101

Sekutu Pemasaran Digital Bertauliah Facebook

Mengukur kecekapan asas dalam mencipta, mengurus dan melaporkan iklan di Facebook, Instagram dan Messenger.


PROFESIONAL · 200-101

Profesional Sains Pemasaran Bertauliah Facebook

Mengukur kecekapan dalam penggunaan data, wawasan dan pengukuran untuk menghasilkan cadangan pemasaran yang bernas.

Lencana Pensijilan Kreatif
PROFESIONAL · 300-101

Profesional Strategi Kreatif Bertauliah Facebook

Mengiktiraf pemahaman lanjutan dan aplikasi strategik bagi asas mudah alih pada apl dan perkhidmatan Facebook.


PROFESIONAL · 400-101

Profesional Perancangan Media Bertauliah Facebook

Mengukur kecekapan dalam merangka strategi media Facebook yang sejajar dengan matlamat perniagaan dan pelan pemasaran.


PROFESIONAL · 410-101

Profesional Pembelian Media Bertauliah Facebook

Mengukur kecekapan dalam pengurusan kempen untuk mencapai matlamat perniagaan yang diperlukan untuk membeli iklan di Facebook, Instagram dan Messenger.


PROFESIONAL · 500-101

Pembangun Produk Iklan I Bertauliah Facebook

Mengukur pelaksanaan teknikal bagi penyelesaian pemasaran (piksel Facebook, acara standard, penukaran tersuai).


PROFESIONAL · 510-101

Pembangun Produk Iklan II Bertauliah Facebook

Mengukur pelaksanaan teknikal bagi penyelesaian lanjutan (acara apl SDK/Apl, iklan dinamik, penukaran luar talian).


PROFESIONAL · 520-101

Pembangun Produk Iklan III Bertauliah Facebook

Mengukur kecekapan teknikal dalam menatarajah dan menyelesaikan masalah penyepaduan API Pemasaran.

Adakah halaman ini membantu?