Sumber COVID-19Sumber COVID-19: Kami sentiasa bersedia membantu perniagaan anda mengharungi wabak koronavirus. Ketahui lebih lanjut
Facebook for Business

Penyasaran Iklan

Bantu iklan anda mencari orang yang akan menyukai perniagaan anda.

Jangkau semua orang atau beberapa orang sahaja.

Facebook akan memaparkan iklan anda secara automatik kepada orang yang berkemungkinan besar mencari iklan anda. Selanjutnya, anda boleh menyasarkan penyampaian iklan anda dengan tiga alatan pemilihan khalayak.

Khalayak TerasTentukan khalayak berdasarkan kriteria seperti umur, minat, geografi dan banyak lagi.

Khalayak TersuaiBerhubung kembali dengan orang yang pernah terlibat dengan perniagaan anda, secara dalam atau luar talian.

Khalayak SerupaJangkau orang baharu yang minatnya serupa dengan pelanggan terbaik anda.

Khalayak Teras

Tentukan khalayak anda untuk penyasaran iklan yang lebih bijak.

Dengan Khalayak Teras, anda menetapkan peraturan bagi tempat iklan anda disampaikan. Laraskan khalayak sasaran anda secara luas atau terperinci mengikut kehendak anda, berdasarkan kriteria berikut.

Lokasi

Mengiklan di dalam bandar, komuniti dan negara yang anda mahu jalankan perniagaan.

Demografi

Pilih khalayak anda berdasarkan umur, jantina, pendidikan, jawatan dan banyak lagi. Anda boleh menjejaki jenis orang yang dijangkau oleh iklan anda, tetapi Facebook tidak akan berkongsi maklumat peribadi mereka yang boleh dikenal pasti.

Minat

Tambah minat dan hobi orang yang ingin dijangkau oleh iklan anda—dari makanan organik hingga filem aksi—dan pastikan iklan yang anda sasarkan adalah lebih relevan.

Tingkah Laku

Sasarkan iklan anda berdasarkan tingkah laku pengguna seperti pembelian sebelumnya dan penggunaan peranti.

Hubungan

Buat pilihan untuk memasukkan orang yang berhubung dengan Halaman Facebook atau acara anda, atau kecualikan mereka untuk mendapatkan khalayak baharu.

Tidak pasti tempat untuk bermula?

Terokai demografi, minat dan tingkah laku orang di Facebook dan orang yang berhubung dengan Halaman anda menerusi Wawasan Khalayak. Anda juga boleh menyimpan khalayak yang anda cipta dan menggunakannya dalam Pengurus Iklan.

Khalayak Tersuai

Berhubung dengan orang yang sudah mengetahui perniagaan anda.

Khalayak Tersuai membolehkan anda berhubung dengan orang yang telah menunjukkan minat terhadap perniagaan anda, sama ada pelanggan setia atau orang yang telah menggunakan apl anda atau melawat tapak web anda.

Senarai kenalan

Berhubung dengan pelanggan dan kenalan anda di Facebook menggunakan maklumat daripada sistem CRM atau senarai e-mel anda. Anda juga boleh menggunakan maklumat yang anda kumpulkan di kedai untuk penyasaran semula dalam talian.

Pelawat laman

Sediakan piksel Facebook untuk mencipta Khalayak Tersuai secara automatik bagi orang yang melawat laman anda atau mengambil tindakan tertentu di sana. Dengan piksel, anda akan dapat menunjukkan iklan yang disasarkan bagi item yang telah dilihat oleh orang sebelum ini di tapak web anda.

Pengguna apl

Jika anda ialah pembangun, pasang SDK Facebook untuk mencipta iklan yang lebih relevan yang mendorong orang untuk mengambil tindakan dalam apl seperti kembali ke permainan, melihat item atau membuat pembelian.

Mencari wawasan?

Teroka Facebook IQ untuk mendapatkan wawasan tentang sikap dan tingkah laku orang yang penting untuk perniagaan anda.

Facebook IQ
Khalayak Serupa

Jangkau orang baharu yang serupa dengan pelanggan semasa anda.

Khalayak Serupa ialah cara yang pantas dan berkesan untuk berhubung dengan orang yang mungkin akan bertindak balas terhadap iklan anda. Anda hanya perlu mencipta khalayak sumber bagi orang yang anda kenali. Selepas itu, iklan anda akan menjangkau orang yang mempunyai minat dan ciri yang serupa.

Contoh bagaimana Wawasan Khalayak membantu mengetahui penonton anda dengan lebih lanjut

Mulakan dengan kursus percuma.

Dapatkan maklumat lanjut tentang Khalayak Serupa dalam pembelajaran daripada Blueprint Facebook.

Dapatkan bantuan daripada Rakan Pemasaran Facebook.

Sama ada anda perniagaan kecil atau perusahaan terkemuka, anda boleh mencari Rakan Pemasaran Facebook untuk membantu anda mencari khalayak yang tepat untuk perniagaan anda, dan banyak lagi. Cari rakan kongsi yang bersedia membantu anda hari ini.

Adakah halaman ini membantu?